Skuad floorball negara melaungkan keyakinan mampu mencapai sasaran sekurang-kurangnya pingat gangsa seperti yang ditetapkan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) meskipun bakal berdepan cabaran sukar dalam Sukan SEA Filipina 2019, November depan.
Singapura tampil dengan reputasi besar, bertepatan dengan status mereka sebagai pemenang pingat emas sebanyak dua kali.
Selain Singapura, Thailand juga merupakan salah sebuah negara yang kebiasaannya menggunakan pemain import bagi mengukuhkan jentera untuk menghadapi temasya dwitahunan itu.
Bagaimanapun, ketua jurulatih skuad negara, Kuan Wang, percaya tiada alasan bagi anak buahnya untuk tidak mempamerkan prestasi cemerlang.
"Kejohanan di Filipina baru-baru ini memperlihatkan tuan rumah membariskan beberapa pemain Eropah, justeru temasya ini bertambah sukar buat kami.
"Walaupun pingat gangsa dilihat sebagai sasaran yang lebih sesuai, kami tetap ingin memburu perak.
"Kami meletakkan sasaran lebih tinggi supaya dapat memberikan rangsangan kepada pemain," katanya.
Buat masa ini, skuad kebangsaan menghadapi masalah untuk menjalani kem latihan pusat berikutan majoriti anak buahnya berasal dari Pulau Pinang.
Bagaimanapun, atas usaha pemain sendiri, mereka mendapatkan khidmat jurulatih sendiri untuk menjalani latihan di sana.
Pemilihan 20 pemain untuk ke Sukan SEA 2019 bakal ditentukan selepas saingan Piala Merdeka bulan depan.
"Kami telah menghasilkan salah satu keputusan terbaik dalam kelayakan Piala Dunia Wanita di Pattaya, Thailand, baru-baru ini.
"Kami seri dengan Jepun, mengalahkan Korea Selatan dan New Zealand sementara hampir menumbangkan tuan rumah, Thailand, sebelum kalah menerusi gol emas dalam masa tambahan.
"Sehubungan itu, kami mungkin berpeluang untuk meraih kedudukan yang lebih baik dalam Sukan SEA 2019," ketua jurulatih skuad wanita negara, Muhammad Mohd Akram.