Skip to main content

Hoki

Firhan azam bantu THT sapu bersih kejuaraan

firhan-ashaari36bcb80a3d81604aa734ff0000212b38.jpg

Penyerang kebangsaan, Muhammad Firhan Ashari, berazam untuk membantu Pasukan Hoki Terengganu (THT), menyapu bersih kejuaraan dalam Liga Hoki Malaysia (TNB/MHL) 2017, bermula dengan Piala Tan Sri P. Alagendra menentang TNB Thunderbolts, petang ini.

“Tidak dinafikan hampir kesemua pasukan memberi tawaran untuk menyertai pasukan mereka, namun saya mahu pulang ke negeri kelahiran saya ini.

“Hati saya masih di Terengganu, malah mempunyai persefahaman dan gandingan yang baik bersama rakan-rakan sepasukan. Itu yang membawa saya kembali ke THT.

“Saya mahu membantu pasukan ini mengekalkan kejuaraan musim lalu, serta merampas Piala Tan Sri Alagendra. Dengan barisan pemain yang ada, ditambah sentuhan pengendali, Sarjit Singh, kami mampu melakukannya,” katanya.

Dalam pada itu, menurut Setiausaha Kehormat Persatuan Hoki Negeri Terengganu (PHNT), Marzilaini Mohammad, mereka masih menunggu pemain import dari Belanda tiba ke negeri itu bagi menghadapi saingan liga musim ini.

“Kami berharap dapat menurunkan barisan terkuat dalam perlawanan Piala Sumbangsih, 13 Januari ini.

“THT gagal menjuarai kejohanan ini (Piala Tan Sri Alagendra) musim lalu, jadi kami mahu kejayaan yang lebih besar mampu dicapai tahun ini,” tambah Marzilaini.

 

Advertisement

Must Watch Video