Petinju MMA negara, Oscar Kai Hei, menegaskan titik perubahan yang memacu kebangkitannya selepas diasak bertubi-tubi dalam pusingan pertama debut kickboxing itu adalah kerana ibunya yang sedang mengalami 'stroke' dan kini masih lagi dirawat di hospital.
Situasi getir ibunya itu menjadi azimat buat Oscar yang merasai keperitan yang dialami ibunya untuk bangkit sekali gus menundukkan lawan dari Jepun, Syuya Hasegawa dengan keputusan 29-28.
"Saya dalam kesakitan dalam pusingan pertama dan kerana itu saya membalut kali saya. Apabila saya berlawan saya tidak menyerah kerana saya fikirkan ibu saya.
"Ibu saya mengalami strok, dia hadir ke tempat kecemasan di hospital dan berjuang untuk terus bertahan dan kini dalam pemulihan. Saya fikirkan dia, untuk saya berjuang dan akhirnya saya menang," katanya.
Sementara itu, Ammarul Shafiq turut mengakui gerakan lututnya perlu digunakan sepenuhnya ketika bertarung dengan lawannya dari Filipina, David Morata, yang mempunyai kepakaran dalam Muay Thai..
Ammarul melakukan asakan bertubi-tubi menggunakan lututnya hingga menyebabkan lawannya akur tumpas secara technical knockout dalam pusingan pertama.
"Jangkaan itu saya simpan dalam hati, tapi apa pun saya ikut perancangan, KO awal atau lambat itu ketentuan Allah. Saya hanya ikut perancangan saya an jurulatih," tambahnya.
Dalam pada itu, isteri pula menjadi tangkal buat Jian Kai Chee untuk memastikan kejayaan kelimanya dalam kategori Muay Thai dengan menundukkan lawan dari Iran, Mostafa Ashouri.
"Isteri banyak membantu saya, saya perlukan dia untuk menjaga saya walaupun saya punyai jurulatih dia tetap banyak membantu saya," kata pemenang Muay Thai Super Fight kategori 80kg itu.
Manakala, bagi kategori atomweight pula, Lance Siah, turut mencipta sensasi dalam debutnya sebagai atlet profesional dengan mengunci leher Jared Alzate dari Filipina dalam pusingan pertama.
"Kerana jurulatih dan rakan sepasukan saya yang membantu saya muncul juara hari ini." jelas pemenang atomweight itu.