Jurulatih Pasukan Hoki Terengganu (THT), I. Vickneswaran, membuat keputusan tepat dengan merangka gerakan 'set piece' pukulan sudut penalti untuk menewaskan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) 2-1 dalam final Piala TNB di Stadium Hoki Tun Razak, hari ini.
Kejayaan menjulang Piala TNB sebanyak lima kali menyaksikan THT mencipta rekod baru sebagai pasukan paling berjaya dalam perebutan trofi paling berprestij negara itu.
Vickneswaran sedar pukulan sudut penalti akan menjadi penentu dalam aksi final tersebut.
Dia mengarahkan barisan pemainnya untuk melancarkan serangan bertali-arus bagi mencari gerakan itu sejak permainan dimulakan kerana menyedari ia merupakan peluang terbaik mereka untuk merobek pintu gol juara Liga Hoki Malaysia (LHM) itu.
THT meraih tujuh pukulan sudut penalti yang menghasilkan dua gol dan ia sudah cukup untuk merampas Piala TNB edisi ini.
"Ia merupakan usaha sepasukan dengan melakukan satu 'set piece' yang bagus dengan jangkaan yang dikaji dengan begitu baik untuk memenangi perlawanan," katanya.
"Pukulan sudut penalti amat penting seperti yang dapat kita lihat dalam Piala Dunia lalu di mana Belgium menjadi juara kerana gerakan itu.
"Pukulan sudut penalti mampu membunuh permainan, membuatkan pasukan kalah dan membuatkan pasukan menang.
"Disebabkan itu, kami amat menekankan kepentingan gerakan tersebut," kata kapten THT, Fitri Saari.
Pertahanan THT, Jang Jong-hyun, meledak gol pembukaan pada minit ke-25.
Gergasi Pantai Timur itu semakin selesa selepas Jung Manjae melengkapkan gerakan 'set piece' untuk mengukuhkan cengkaman mereka pada minit ke-40.
"Semua pemain bekerja keras dan saya gembira kerana dapat menjaringkan gol untuk membantu pasukan ini memenangi Piala TNB. Ia cukup bermakna buat kami," kata Jong-hyun
"Kami melakukan persiapan untuk memanfaatkan ruang dan peluang.
"Kami memilih untuk melakukannya dan berjaya menjaringkan gol," kata Manjae.
UniKL, yang beraksi tanpa empat pemain import -- berikutan peraturan Persekutuan Hoki Eropah (EHF) menetapkan pemain yang beraksi dalam Liga Hoki Eropah tidak dibenarkan menyertai mana-mana liga selepas 1 Mac -- merapatkan kedudukan menerusi pertahanan, Muhammad Razie Abdul Rahim, namun terpaksa akur melepaskan Piala TNB kepada THT.
"Mereka memperoleh peluang jaringan yang lebih baik berbanding kami sejak awal permainan lagi.
"Kami kekurangan pemain dengan hanya 16 dapat beraksi.
"36 peratus kekuatan pasukan saya hilang, namun THT wajar diberikan pujian kerana mempamerkan aksi mantap untuk muncul juara.," kata jurulatih UniKL, Arul Selvaraj.