MOTOGP
FIM MiniGP Malaysia: Farish Hafiy cari pelarasan terbaik tampung berat badan
Pelumba dalam pembikinan Asia Talent Cup 2024, Farish Hafiy, kecewa dengan persembahan yang ditampilkan olehnya dalam pusingan kedua FIM MiniGP Malaysia di Litar Lumba Tangkak bulan lalu.
Begitupun, situasi yang berlaku Farish selaku juara keseluruhan bagi kategori 190 edisi lalu optimis untuk bangkit semula bagi memberikan saingan dengan empat baki pusingan bermula di Litar Go-Kart Sepang, esok.
Justeru, Farish mengakui faktor berat badan berbeza dengan pelumba-pelumba lain menyukarkan dirinya mempamerkan tunggangan terbaik, namun kekal optimis untuk mendekatkan jarak dengan Qabil Iran selaku juara dunia 2023.
Iklan
"Saya tidak dapat berikan keputusan terbaik dan terputus dengan pencabar saya, Qabil Irfan, dengan jarak yang agak jauh.
"Banyak lagi saya perlu tingkat untuk lebih laju dan beraksi dengan lebih baik dalanm pusingan kedua ini.
"Saya berdepan cabaran di bahagian brek dan jalan lurus berikutan perbezaan berat badan berbanding pelumba lain yang berusia lebih muda.
"Jadi saya perlu selesaikan masalah itu untuk jentera pergi lebih laju," katanya di Nadi Weekend sebentar tadi.
Ketika ditanya mengenai isu perbezaan berat badan antara pelumba dan pengurus kejohanan, Zulfahmi Khairuddin, tampil memaklumkan tentang rujukan dengan badan-badan induk yang berkaitan seperti Dorna Sports dan Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIM) sendiri kerana mereka mempunyai pengalaman tersendiri bagi kejohanan itu.
"Kami telah merujuk kepada penganjur lain dan menggunakan peraturan yang sama di serata dunia.
"Saya akan bantu pelumba lain yang berada di belakang Qabil untuk rapatkan diri.
"Farish sebenarnya boleh menggunakan kelebihan berat badan untuk mengambil selekoh yang lebih laju.
"Tapi dalam perlumbaan seperti ini, pelumba lebih kecil pastinya mempunyai lebih banyak kelebihan,
"Jadi kami perlu terapkan aspek positif kepada pelumba," katanya.
Must-Watch Video