Roger Federer merealisasikan impiannya dengan meraih gelaran Jelajah ATP yang ke-100 dalam Kejohanan Tenis Dubai.
Pemain kelahiran Switzerland itu mengatasi Stefanos Tsitsipas 6-4, 6-4 dalam final semalam untuk mengikut jejak langkah Jimmy Connors meraih gelaran yang ke-100 dalam Era Terbuka.
Meraih gelaran yang ke-99 menerusi kejayaan dalam Kejohanan Tertutup Switzerland, Oktober lalu, Federer meraih kemenangan dalam persaingan di antara dua pemain tenis yang berada di peringkat yang berbeza dalam karier masing-masing.
Tsitsipas yang masih berusia 20 tahun, menyingkirkan juara grand slam 20 kali itu dalam Terbuka Australia tetapi gagal memberikan saingan dalam pertemuan kedua dalam kariernya apabila tewas dalam tempoh kurang daripada 70 minit.
"Saya sangat gembira," kata Federer.
"Memenangi gelaran yang kelapan di sini dan yang ke-100 secara keseluruhan. Ia merupakan minggu yang terbaik buat saya. Saya telah menghadapi situasi yang sukar dan lawan yang lebih sengit sepanjang perjalanan ini.
"Tsitsipas mempamerkan aksi cemerlang selepas muncul juara di Marseille minggu lalu dan sekali lagi ke pentas final adalah sesuatu yang sukar untuk dilakukan. Saya mahu mengucapkan tahniah kepada dia yang bermain dengan baik sekali.
"Buat diri saya, ini merupakan impian menjadi kenyataan," ujarnya.
Ketika menyuarakan hasratnya untuk terus bersaing di pentas tertinggi, Federer yakin bakat yang dimiliki Tsitsipas bermakna sukan ini akan terus berkembang walaupun dia akan bersara satu hari nanti.
"Saya tidak pasti tetapi Tsitsipas mungkin dilahirkan ketika saya memenangi gelaran pertama saya.
"Saya sangat bertuah kerana satu hari nanti, saya dapat menyaksikan bakat-bakat baru meningkat naik dalam sukan ini.
"Saya pasti Tsitsipas bakal menikmati karier yang menakjubkan. Sukan ini memiliki masa depan yang hebat apabila saya mengundurkan diri."