Roger Federer berkata dia perlu mengatasi perasaan gementar ketika melakar kemenangan dalam pusingan pertama Terbuka Australia ke atas Jurgen Melzer.
Pemenang Grand Slam 17 kali itu beraksi dalam kejohanan utama buat pertama kali sejak Wimbledon tahun lalu, apabila terpaksa berehat pada baki musim 20016 kerana mengalami kecederaan lutut.
Federer kelihatan gagal mempamerkan aksi terbaik dalam set pertama dan ketinggalan 3-1 dalam set kedua, namun berjaya melakar kemenangan 7-5, 3-6, 6-2, 6-2.
Pemain tenis berusia 35 tahun itu yang merupakan pemain pilihan ke-17 kejohanan, menggunakan masa dengan sebaik mungkin di Rod Laver Arena -- venue yang telah menyaksikannya menjadi juara dalam empat edisi berbeza.
"Saya berpendapat saya terpaksa bersaing dengan perasaan gementar. Ia menguasai diri saya pada awal permainan," ujar Federer.
"Sebelum perlawanan bermula, saya berada di tahap terbaik.
"Tetapi selepas memulakan set pertama, saya dapat berasakan saya bergelut untuk mencari rentak permainan saya.
"Bagaimanapun, saya gembira dengan persembahan saya, kini saya lebih bersemangat menantikan perlawanan pusingan kedua."
Feels good to be back. Ready for round 2! pic.twitter.com/h7eww368JR
— Roger Federer (@rogerfederer) January 16, 2017
"Kembali beraksi di Grand Slam merupakan sesuatu yang indah buat diri saya, terutama sekali selepas tamat perlawanan. Saya berharap untuk menghasilkan permainan lebih cemerlang dalam perlawanan akan datang."
Advertisement