Skip to main content

Sukan Lain

Fasiliti sukan wajar dibuka semula

fasiliti.jpg
Kerajaan Malaysia patut mempertimbangkan cadangan membuka semula venue fasiliti sukan memandangkan sektor perniagaan bidang itu sudah beroperasi semula.

Operator fasiliti sukan sanggup mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) ketat termasuk hanya membenarkan individu yang sudah menerima dua dos vaksin sebagai pelanggan.

Nasib venue fasiliti sukan kini umpama nyawa-nyawa ikan.

Gimnasium contohnya, lebih 100 buah di seluruh negara sudah ditutup kerana tidak mampu menampung bayaran sewa ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

11 aktiviti perniagaan dibenarkan beroperasi semula ketika fasa 1 pelan pemulihan negara termasuk kedai peralatan sukan.

Namun bagaimana dengan venue fasiliti sukan?

"Kami berharap untuk memperkenalkan SOP yang sangat ketat dengan 100 peratus barisan kejurulatihan telah mengambil vaksinasi dan diharap kelas renang dalam dijalankan semula," kata CEO Akademi swimmin12.com, Yeap Eu Juan.

"Kebenaran bagi mereka yang telah menerima dua dos vaksin untuk kembali ke gimnasium sekaligus membenarkan pusat gimnasium kembali beroperasi," kata Presiden Pengusaha Gimnasium Malaysia, Krishna Kumar.

Advertisement

Must Watch Video