Daniel Ricciardo akhirnya menebus kekecewaannya dengan memenangi perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Monaco selepas kesilapan Red Bull merosakkan impiannya dua tahun lalu.
Walaupun berdepan isu MGU-K (bahagian enjin) sehingga menyebabkan jentera RB14 kehilangan kuasa ketika perlumbaan berbaki satu pertiga, Ricciardo mempertahankan kedudukan untuk menjulang kejayaan sulung dalam kerjayanya.
Masalah lubang di hentian pit telah meragut kejuaraannya pada 2016 manakala pelepasan yang tidak sah dalam sesi kelayakan tahun lalu menafikan haknya untuk menduduki petak pertama.
Bagaimanapun, setelah mendominasi setiap sesi di Monaco kali ini, Ricciardo menghasilkan pemanduan jitu untuk mengatasi Sebastian Vettel dari Ferrari sebelum meraikan kerja kerasnya.
"Dua tahun berusaha, akhirnya detik penebusan kekecewaan tiba," kata Ricciardo.
"Kami berdepan masalah -- saya tidak tahu berapa banyak siaran radio dapat didengar -- tetapi kami sentiasa berurusan sepanjang perlumbaan. Saya fikir sebelum separuh perlumbaan, saya kehilangan kuasa sehingga saya fikir perlumbaan ini telah pun berakhir buat saya.
"Kami menamatkan perlumbaan dengan hanya menggunakan enam gear, oleh itu saya ingin berterima kasih kepada pasukan agar kami dapat terus bersaing.
"Terdapat beberapa keraguan yang muncul di tengah-tengah perlumbaan, namun kami tetap menang di Monaco. Ia terasa hebat, ia berasa baik."
Vettel cuba memintas setelah mendapati Ricciardo mengalami kesulitan tetapi dia sendiri berdepan masalah tayar yang tidak dapat menyerap tekanan setelah operasi kereta keselamatan dihentikan ketika aksi berbaki empat pusingan.
"Saya fikir kami mempunyai rentak tetapi ini adalah perlumbaan rumit, jadi saya fikir Daniel mempunyai jawapannya (untuk mengatasi masalah) pada setiap masa," kata Vettel.
"Saya fikir dalam beberapa pusingan terakhir, saya mula mendapat rentak, namun tidak begitu yakin dengan tayar sehingga saya ketinggalan jauh. Jika tidak, ia pasti perasaan yang menyenangkan untuk kekal memberikan tekanan sehingga akhir perlumbaan."
Vettel memungut tiga mata untuk mengecilkan jurang mata dengan pendahulu kejohanan, Lewis Hamilton, kepada 14 mata selepas pemandu Britain itu menamatkan saingan di tempat ketiga.
"Pertama sekali, tahniah kepada Red Bull dan Daniel kerana mereka melakukan tugas yang hebat, dan akhirnya mereka adalah yang terpantas sepanjang hujung minggu ini. Kami menyedari hal itu akan berlaku," kata Hamilton.
"Ia akan menjadi lebih manis jika saya memenangi tempat kedua, namun saya telah melakukan segala yang terdaya. Ia merupakan perlumbaan yang menarik tetapi paling kurang menarik."