Skip to main content

Permotoran

F1: Pusingan perlumbaan di Qatar dan Abu Dhabi berdepan risiko perubahan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

stefano-domenicali-points-to-himself-planetf1.jpg
Siri perlumbaan Formula 1 bagi pusingan ke-23 dan 24 yang sepatutnya bakal dilangsungkan di Qatar dan Abu Dhabi berkemungkinan besar akan diubah sekiranya keadaan semasa yang berlaku di Timur Tengah ketika ini berterusan dan memberikan risiko serta ancaman keselamatan kepada semua pihak yang terlibat.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif F1,  Stefano Domenicali, pihaknya kini sedang meneliti secara terperinci mengenai perang yang berlaku membabitkan Iran dan juga Israel dengan membayangkan akan membentangkan pelan kecemasan untuk mengubah dua pusingan perlumbaan tersebut.

Menurutnya ketika ini pihaknya sentiasa berhubung dengan wakilnya di kedua-dua negara tersebut untuk menilai sejauh mana ancaman yang berlaku setiap hari sebelum membuat sebarang keputusan yang dirasakan perlu.

"Ia amat sukar untuk memperkatakanya ketika ini tetapi sehingga saat ini kita belum lagi mendapatkan isyarat tertentu dan kita harap jia tidak berlaku. Malah saya kalau boleh tidak mahu membayangkanya atau sehingga terjadinya pembatalan perlumbaan..tentunya jika ia berlaku kita terpaksa adakan perancangan yang lain." Jelas Domenicali kepada media pada Selasa.

Pusingan perlumbaan di Grand Prix Qatar sepatutnya dijadualkan bakal berlangsung pada 28 hingga 30 November, manakala Grand Prix Abu Dhabi pula dijadualkan bermula pada 5 hingga 7 Disember.

Sekiranya keadaan ketika ini berterusan ia bakal menyukarkan perlumbaan itu memandangkan keadaan cuaca dalam tempoh tersebut di Eropah juga agak tidak sesuai kerana terlalu sejuk.

Domenicali berharap situasi yang berlaku ketika ini tidak berlanjutan sehingga ke tempoh itu bagi membolehkan siri perlumbaan tersebut dapat dilangsungkan mengikut jadual yang telah ditetapkan ketika ini.
 

Advertisement

Must Watch Video