Skip to main content

Permotoran

F1: Insiden 'Wheel Gun' paksa Piastri lepaskan kedudukan tempat kedua atas arahan McLaren

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

lando-norris-mclaren-oscar-pia.jpg
Pemandu McLaren, Oscar Piastri, terpaksa melupakan hasrat untuk sekurang-kurangnya menamatkan pusingan perlumbaan perlumbaan di Grand Prix Itali di tempat kedua di belakang Max Verstappen gara-gara arahan pasukanya yang mahukan kedudukan itu diberikan kepada rakan sepasukanya Lando Norris.

Insiden itu berlaku ketika perlumbaan memasuki pusingan ke-47 apabila Norris memasuki hentian pit.

Masalah bermula apabila 'wheel gun' yang digunakan untuk menukar tayar pelumba itu menghadapi masalah yang menyaksikan Norris kerugian masa 5.9 saat ketika kedua-dua mereka bersaing untuk memburu podium di tempat kedua dan ketiga.

Sebaik keluar Piastri berjaya memintas kedudukan Norris di tempat kedua dalam ketika pemandu Red Bull, Max Verstappen sudah terlalu jauh untuk dikejar mana-mana pelumba.

 


Arahan tersebut hadir ketika perlumbaan berbaki empat pusingan untuk ditamatkan di mana McLaren memberikan arahan kepada Piastri untuk membernarkan Norris memintas beliau dan kembali menduduki tempat kedua dalam perlumbaan yang berlangsung di litar Monza itu.

"Biarkan Lando melepasi anda" jelas komunikasi radio daripada pasukan itu di pit kepada Piastri yang turut dirakam ketika perlumbaan berlangsung.

Walaupun sedikit pertikaikan keputusan itu namun Norris akur dan membiarkan rakan sepasukanya itu menamatkan saingan di tempat kedua.

Arahan itu dilaporkan hadir daripada pasukan McLaren dengan jaminan bahawa tindakan tersebut tidak akan menggugat kedudukan Piastri di takhta carta kedudukan keseluruhan pelumba ketika ini.



 

Piastri ketika ini mengetuai kedudukan kejuaraan musim ini dengan mengumpul 324 mata daripada 14 kemenangan podium sementara Lando Norris pula mengikuti rapat di belakangnya dengan 293 mata.

Namun minggu lalu Norris sudah mengeluarkan kenyataan secara jelas kepada media bahawa dia nekad untuk merampas kedudukan itu daripada Piastri dan akan merebut gelaran juara dunia musim ini.

Perlumbaan di Litar Monza pada Ahad menyaksikan Max Verstappen kembali menemui semula rentak kemenangan dengan muncul selaku juara manakala Lando Norris kedua dan Piastri akur di tempat ketiga.

Pada tahun 2002 Ferrari pernah dikenakan denda oleh FIA berjumlah USD1 juta (RM4.22 juta) ketika ini apabila mengarahkan pemandunya Rubens Barrichello memperlahankan jenteranya untuk melepaskan kedudukanya kepada rakan sepasukanya Michael Schumacher di pusingan terakhir ketika dia sedang mendahului perlumbaan  di Grand Prix Austria.

Schumacher ketika itu memburu kejuaraan dunia musim itu dan mahukan mata penuh selaku juara untuk menjamin kedudukan beliau di takhta kejuaraan.

Bagaimanapun, denda itu tidak melibatkan penolakan mata terhadap pasukan tersebut namun FIA berpendapat bahawa arahan dikeluarkan pengurusan pasukan Ferrari itu tidak wajar walaupun secara teknikalnya ia tidak menyalahi peraturan yang ditetapkan ketika itu.
F1

Bawa Balik Aksi Litar Ke Rumah

LEGO Speed McLaren memberi peluang anda merasai semangat perlumbaan, terus dari meja ke rak koleksi.


Dapatkan LEGO McLaren

Advertisement

Must Watch Video