Perlumbaan Formula 1 (F1) Grand Prix Bahrain akan berlangsung secara tertutup kerana kebimbangan mengenai penularan wabak Covid-19.
Pegawai litar berkenaan berkata ia "bukanlah tindakan yang tepat" untuk membenarkan penonton dari seluruh dunia berhimpun di venue itu pada 22 Mac ini.
Bagaimanapun, perlumbaan pembukaan GP Australia minggu depan akan berlangsung tanpa sebarang larangan berkenaan.
Litar Antarabangsa Bahrain mengeluarkan satu kenyataan mengenai pendirian mereka berkenaan isu tersebut dengan menegaskan ia perlu dianjurkan secara berhemat.
Kenyataan itu berkata: "Dalam perbincangan dengan rakan kongsi antarabangsa kami dan badan berkuasa negara ini, Bahrain telah membuat keputusan untuk menganjurkan perlumbaan tahun ini sebagai acara yang hanya akan dihadiri peserta.
"Sebagai salah sebuah negara penganjur F1, keseimbangan di antara kepentingan penyokong dan pelumba merupakan tanggungjawab yang besar.
"Dengan wabak Covid-19 yang semakin menular di seluruh dunia, membenarkan acara sukan yang terbuka kepada umum dan ribuan pelawat antarabangsa termasuk peminat tempatan bukan perkara yang tepat buat masa ini.
"Tetapi untuk memastikan tiada sebarang sukan atau penyokong antarabangsa terjejas, perlumbaan akan tetap diteruskan dan disiarkan.
"Bahrain memiliki langkah pencegahan awal dengan mengenalpasti dan mengasingkan kes-kes individu Covid-19 dan ia amat berjaya buat masa ini.
"Pendekatan itu meliputi penyeliaan pantas dan proaktif, mengenalpasti mereka yang dijangkiti virus itu, di mana kebanyakan kes berkenaan melibatkan mereka yang melawat negara ini melalui pesawat.
"Langkah-langkah pencegahan agresif telah ditingkatkan bagi mencegah penularan virus itu.
"Ia sesuatu yang jelas amat mustahil untuk perlumbaan berkenaan dijalankan seperti perancangan asal.
"Kami sedar ramai yang akan kecewa dengan berita ini, terutama mereka yang sudah merancang untuk mengunjungi acara ini.
"Tetapi faktor keselamatan sentiasa menjadi keutamaan kami," katanya.

One. More. Week. ?#F1isBack #AusGP pic.twitter.com/zg7LG8EII6
— Formula 1 (@F1) March 8, 2020