Skip to main content

Tenis

ESPN singkir Adler daripada mengulas Terbuka Australia

espn-axes-commentator-for-gorilla-effect-remark-about-venus.jpg

Pengulas sukan perlu berhati-hati dengan penggunaan perkataan -- satu pengajaran yang dipelajari Doug Adler apabila dia disingkirkan daripada mengulas Kejohanan Tenis Terbuka Australia oleh ESPN.

Adler mencetuskan kontroversi ketika mengulas kemenangan Venus Williams ke atas Stefanie Voegele dalam pusingan kedua Terbuka Australia pada Rabu.

Ulasan Adler berbunyi: "(Voegele) misses a first serve and Venus is all over her. You see Venus move in and put the gorilla effect on. Charging." ((Voegele) terlepas servis pertama dan Venus meresapi seluruh tubuh lawannya. Anda lihat Venus mendatanginya dan mengenakan efek gorilla. Menerkam.)

Adler kemudian mengeluarkan kenyataan memohon maaf pada Khamis dan menjelaskan dia sebenarya merujuk kepada perkataan "taktik gerila" dan bukannya "gorilla".

Dia berkata: "Saya secara tidak sengaja menggunakan perkataan yang salah untuk menggambarkan pemainnya."

Bagaimanpun, ia tidak memberi sebarang kesan kepada ESPN yang serta-merta menarik Adler keluar daripada pasukan pengulas kejohanan itu.

Satu kenyataan ESPN menyebut: "Ketika siaran langsung Terbuka Australia di saluran ESPN3, Doug Adler sepatutnya lebih berhati-hati dengan penggunaan perkataan. Dia telah memohon maaf dan kami telah menyingkirkannya daripada tugas mengulas kejohanan itu."

Advertisement

Must Watch Video