HOKI
Eric hampiri impian jadi pengadil ke Piala Dunia
Pengadil hoki Malaysia, Eric Koh, semakin hampir mencapai impian terpilih ke Piala Dunia 2018 selepas menjalankan tugas dengan cemerlang dalam final Liga Dunia Separuh Akhir yang menyaksikan Belanda muncul juara menewaskan Argentina 6-1, kelmarin.
Eric dan pengadil New Zealand, Simon Taylor, dipilih mengadili final di Stadium Hoki Lee Valley, London itu.
Beliau memiliki lesen tahap satu Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH).
Iklan
Tiada sebarang aduan mengenai Eric di London, sekaligus menjadi petanda positif beliau mampu mengadili kejohanan lebih besar seperti Piala Dunia dan Sukan Olimpik.
"Memang rasa bangga kerana terpilih untuk mengadili perlawanan di antara Argentina dan Belanda.
"Saya berasa lega kerana selesai tugas saya selama dua minggu di sini. Saya berharap semoga FIH akan terus memberi peluang kepada saya untuk mengendalikan perlawanan yang lebih besar.
"Harapan terbesar saya adalah untuk mengendalikan perlawanan Piala Dunia tetapi keputusan muktamad terpulang kepada FIH," jelas Eric.
Must-Watch Video