Skip to main content

Sukan Lain

El Sherbini sekat hajat Nicol di New York

el-sherbini-sekat-hajat-nicol-di-new-york.png
Usaha ratu skuasy negara, Datuk Nicol David, untuk mematahkan penguasaan pemain nombor satu dunia, Nour El Sherbini, ke atasnya, terus tidak kesampaian apabila tersingkir dalam Kejohanan Skuasy Juara Antara Juara di New York, Amerika Syarikat. 

Aksi Nicol di Grand Central Station itu tersekat dalam suku akhir selepas bertarung selama 64 minit dengan lawan dari Mesir itu. 

Dia terpaksa akur dengan kehebatan El Sherbini dalam pertarungan lima set itu yang berkesudahan 5-11, 11-6, 6-11, 15-13, 8-11. 
 

Advertisement

Must Watch Video