"Atlet negara tahu EAM tiada bajet," demikian kata pengurus ekuestrian, Syed Omar Almohdzar, yang tidak faham mengapa isu bajet ditimbulkan atlet ekuestrian negara, Qabil Ambak Mahamad Fathil.
Tegas Syed Omar, segala-galanya sudah dinyatakan beberapa bulan sebelum bermula saingan Sukan Asia lagi bahawa tiada peruntukan khusus buat mana-mana atlet yang mahu menyertai Sukan Asia.
Beliau meluahkan rasa terkejut melihat kepada persoalan yang ditimbulkan Qabil sedangkan setiap pihak sudah memahami situasi Persatuan Ekuestrian Malaysia (EAM) ketika ini.
"Persoalan tentang bajet, ia sudah jelas beberapa minggu lalu bahawa aktiviti persatuan tahun ini tiada peruntukan yang selalu diberikan.
"Kami memberitahu atlet, kalau masih minat menyertai, ia perlu di atas bajet sendiri. Untuk bahagian persatuan pula, kami perlu mencari sektor swasta," kata Syed Omar.
Dalam hal ini, Syed Omar tidak mahu kontroversi bertiup lebih kencang berbanding pencapaian atlet negara yang perlu bersedia untuk cabaran sebenar mereka.
Syed Omar hanya tiba di Jakarta, Rabu lalu, dan tidak bersama dengan atlet lain atas alasan masalah keluarga.
"Saya selalu mahu mengatakan, kami sebagai kontinjen, hendaklah mengekalkan perkara positif. Kami mahu mencari inisiatif untuk menang dan semangat perlu kekal tinggi," katanya lagi.