Ekuin negara, Qabil Ambak Mahamad Fathil, terpaksa akur bantahan yang cuba dilakukan pegawai Malaysia tidak kesampaian, sekali gus berpuas hati dengan pingat perak acara dressage individu Sukan Asia, hari ini.
Kem ekuestrian negara cuba melakukan bantahan selepas mendapati terdapat juri yang memberi mata meragukan.
Namun, selepas melakukan perbincangan, tindakan itu dibatalkan, sekali gus bermakna Qabil disahkan pemenang perak dengan mencatat 76.620 mata, ketinggalan 0.425 mata berbanding ekuin Hong Kong, Jacqueline Wing Ying Siu, yang merangkul emas.
Ini merupakan pingat sulung buat Qabil selepas tidak beraksi di Incheon, empat tahun lalu.
"Permulaan saya (aksi) agak sedikit tegang dan stress, jadi mungkin ia mempengaruhi markah yang diberikan juri. Ia adalah sukan subjektif seperti semua tahu, jadi markah itu terpulang kepada juri – kalau dia sukakan lagu kita dan rutin kita," katanya.
Penantian emas Qabil berpanjangan sejak membuat penampilan sulung Sukan Asia 1998, Secara keseluruhan Qabil telah mengumpul tiga perak dan empat gangsa dalam lima penampilan Sukan Asia.
"Terdapat kekurangan dalam pemarkahan dalam bahagian artistik yang mempengaruhi markah keseluruhan," ujarnya.
Menurut chef-de-mission (CDM), Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi, Majlis Olimpik Malaysia (MOM) pasti mengotakan janji untuk membayar semula peruntukan yang dikeluarkan Qabil selepas penunggang itu mendakwa tidak mendapat sebarang bantuan dalam penyertaannya dalam Sukan Asia.
"Oleh kerana dia diletakkan dalam kategori B dan memenangi pingat, kami akan membayar balik segala kos yang telah dikeluarkan.
"Tetapi persiapan RM1 juta yang diwar-warkan, saya fikir itu melibatkan kos kuda yang perlu ditanggungnya sendiri.
"Kos seperti pengangkutan akan dipertimbangkan," ujar beliau.