Sukan dodgeball di Malaysia semakin berkembang menerusi ekosistem yang jauh lebih lengkap dan terperinci dalam memastikan kejayaan di pentas antarabangsa terus terukir.
Sejak 2012, skuad negara berjaya menduduki podium di Kejohanan Dunia sebelum kilauan emas berjaya digapai pada 2016 bagi pasukan wanita negara, disusuli emas bagi pasukan lelaki pada 2017.
Kejayaan di pentas antarabangsa tidak hadir dalam sekelip mata ianya berpaksi kepada perancangan pembangunan yang mampan, serta inklusif bagi melahirkan bakat terbaik di dunia.
Pasca penganjuran Grand Final Kejohanan Dodgeball Kebangsaan 2025 ada satu lagi detik signifikan apabila melahirkan bakat baru yang dipanggil untuk memperkuat skuad negara, menjelang Kejohanan Asia di penghujung tahun ini dengan Malaysia selaku tuan rumah.
Kelab elit negara seperti Skateboard DC, Valkyries, Aces, Anak Malaya serta Blitz merupakan antara kilang pengeluar bakat utama pemain terbaik negara.
Setiausaha Agung Persatuan Dodgeball Malaysia, Dasataran V. Subramaniam, berkata "."
Meskipun meraih pelbagai kejayaan luar biasa, namun realiti sebenar, sukan dodgeball masih jauh daripada status selaku sukan teras.
Malah, majoriti pemain negara berstatus semi pro, berbeza dengan senario di luar negara.
Antara pemain senior yang terpanggil untuk melihat perubahan drastik dodgeball di Malaysia, Carlos Goonting berasakan sudah tiba masanya untuk sukan itu berada setaraf bersama sukan elit yang lain.
Sementara itu, pendatang baru pasukan Sixty-six tails melakar sejarah terulung apabila muncul juara kategori amatur pada penglibatan pertama di kejohanan elit.
Pasukan yang menggumpul pemain amatur dengan tiada latar belakang sukan dodgeball yang kukuh, sebaliknya mempelajari teknik asas dalam tempoh masa yang singkat, berjaya tuai kejayaan membanggakan.
Saingan amatur menggumpulkan sejumlah lima pasukan untuk merebut trofi berprestij kebangsaan 2025 dan peluang terhidang itu digunakan sebaiknya Sixty-six tails untuk bukti wibawa.
Sensasi mereka memperlihatkan pasukan yang berpangkalan di Lembah Klang itu menang kesemua empat perlawanan — dengan merekodkan keputusan paling besar ketika menewaskan Aces, 6-3.
Lebih mengagumkan — majoriti pemain SST hadir daripada kancah liga dodgeball yang menggunakan bola fabrik.
Namun, pemilihan bola foam di grand final kejohanan kebangsaan tidak menghalang SST mencipta sejarah terulung.
Tanpa diduga, SST mengenepikan cabaran pasukan terkemuka seperti Anak Malaya, Aces, Legency serta Rainos dalam format liga sepusingan.