Skip to main content

Sukan Lain

Dressel lakar sejarah tiga emas dalam satu sesi

caeleb-dressel-cropped_1rz9ztakxyw5b1ihm5fdxwvwow.jpg
Caeleb Dressel melakar sejarah di pentas Kejohanan Dunia FINA dan mengesahkan statusnya selaku bintang baru sukan renang Amerika Syarikat (AS) apabila menjadi perenang pertama untuk meraih tiga pingat emas dalam satu sesi, semalam.

Dressel menjuarai acara 50 meter gaya bebas dan 100m kuak kupu-kupu sebelum membawa pasukan AS meraih emas ketiga dalam acara 4x100m gaya bebas.

Atlet berusia 20 tahun itu kini telah meraih enam pingat emas dan mampu menyamai rekod tujuh emas Michael Phelps -- yang dilakar ketika Kejohanan Dunia FINA edisi 2007 -- jika berjaya melakukannya dalam acara 4x100m, hari ini.

Dalam acara 100m kuak kupu-kupu, Dressel hampir memecah rekod dunia milik Phelps -- 49.82 saat -- apabila dia melakar masa 49.86s, sekaligus meninggalkan Kristof Milak kedua  (50.62s) dan Joseph Schooling serta James Guy ketiga (kedua-duanya berkongsi 50.83s).

"Rami yang gemar membuat perbandingan," ujar Dressel. "Tetapi saya bukan Michael Phelps.

"Saya hanya mahu melakukan yang terbaik dalam kejohanan ini dan pada masa akan datang mengikut cara saya."

Sementara itu, perenang wanita Amerika Syarikat, Katie Ledecky, meraih kejuaraan dunia ke-14 dalam kariernya apabila mendominasi acara 800m gaya bebas.

Advertisement

Must Watch Video