Skip to main content

Sukan Lain

Dodgeball: Malaysia sedia anjur Piala Dunia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

dodgeball.jpg
Persatuan Dodgeball Malaysia (MAD) kini dalam fasa terakhir rundingan untuk muncul sebagai tuan rumah Piala Dunia Dodgeball 2026 yang akan mengumpulkan sekurang-kurangnya 50 buah negara.

Namun, penganjuran kejohanan berprestij itu belum diputuskan apabila Arab Saudi menjadi pesaing utama dengan mengemukakan bidaan yang lebih tinggi dengan mempunyai sumber kewangan yang besar, termasuk memiliki kelengkapan logistik.

"Keputusan akhir akan diumumkan pada Jun atau Julai ini.

"Arab Saudi akan menjadi pesaing hebat kerana sukan dodgeball di sana semakin diperluas," kata Presiden MAD, Datuk V. Radhakrishnan. 

Sebagai persediaan, Malaysia terlebih dahulu akan mengadakan Kejohanan Asia Dodgeball Asia 2025 yang dijangka menjadi medan uji kaji kepada sistem pengurusan pertandingan berskala besar bagi mengukur tahap pengelolaan Piala Dunia.

"Kami pernah menganjurkan kejohanan bertaraf Asia melibatkan kelab serata dunia. 

"Itu memberikan kami pengalaman terbaik untuk mengadakan kejohanan Asia ini. 

"Kami mempunyai tenaga manusia dan kepakaran serta sokongan daripada kerajaan, kami boleh menjayakan misi ini," katanya lagi kepada wartawan, Husna Zainudin.

Sementara itu, MAD turut mengambil langkah berani untuk membawa sukan itu ke arah era digital sejajar dengan aspirasi menjadikan Malaysia sebagai hab pembangunan sukan digital Asia Tenggara.

Lantas, Malaysia dalam misi menghantar wakil skuad negara ke Kejohanan HADO Piala Dunia 2025 di Shanghai, China.




Tidak dinafikan, HADO yang merupakan gabungan dodgeball dan teknologi realiti tambahan (AR), semakin mendapat tempat dalam kalangan atlet muda yang tidak asing lagi dengan dunia e-sukan. 

Sedar akan trend ini, pihak persatuan melihat Malaysia memiliki potensi besar untuk mengembangkan sukan dodgeball melalui penglibatan moden yang lebih interaktif.

Advertisement

Must Watch Video