Skip to main content

Tenis

Djokovic mudah ke pusingan keempat

djokovic-090717.jpg
Pemain tenis Serbia, Novak Djokovic, mengesahkan tempat dalam kelompok 16 terbaik Kejohanan Wimbledon (SW19) 2017 selepas mudah melepasi cabaran pemain Latvia, Ernests Gulbis, dalam aksi di Centre Court, semalam.

Djokovic dijadualkan bertemu pemain ke-15 dunia dari Perancis, Adrian Mannarino, selepas mudah menundukkan cabaran Gulbis 6-4, 6-1, 7-6 (7-2).

Gulbis, yang pernah disenaraikan dalam 10 pemain terbaik dunia, juga pernah tewas di tangan Djokovic di peringkat separuh akhir Terbuka Perancis pada tahun 2014.

Pemain berusia 28 tahun itu berjaya meraih mata di awal permainan, namun kelemahan itu pantas diperbaiki oleh Djokovic.

Pukulan silang menjadi taruhan utama Djokovic sehingga berjaya bangkit dalam aksi kedua dan mendahului 4-0 sebaik sahaja perlawanan kedua bermula.

Momentum kemenangan Djokovic terus terserlah apabila meraih mata demi mata dan dia dilihat bukan tandingan Gulbis, sekaligus mengesahkan kemenangan untuk mara ke pusingan keempat.

Dalam pusingan keempat, Djokovic bakal berentap dengan Mannarino, yang menewaskan Gael Monfils dalam aksi pusingan ketiga yang lain dan sekali lagi, dia bakal menjadi pilihan untuk layak ke suku akhir.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video