Skip to main content

Tenis

Djokovic mahu berehat sementara

novak-djokovic-130717.jpg
Pemain tenis nombor empat dunia, Novak Djokovic, merancang untuk berehat sementara daripada aksi di gelanggang selepas mengalami kecederaan siku ketika bertemu Tomas Berdych.

Djokovic terpaksa menarik diri pada pertengahan aksi suku akhir menentang Berdych, sekaligus tewas 7-6, (7-2), 2-0.

Dia yang bergelut dengan masalah kecergasan sejak pertengahan tahun 2016, mendedahkan sikunya telah mengganggu permainannya sejak lebih setahun yang lalu.

Justeru itu, dia tidak menafikan apabila ditanya sama ada akan memikirkan untuk mengambil rehat.

“Benar. Sejujurnya, benar.

“Setakat ini, tiada siapa yang benar-benar yakin dengan penyelesaiannya. Ada yang mencadangkan rehat, ada yang menyarankan pembedahan.

“Lebih banyak saya beraksi, ia akan menjadi lebih teruk. Saya rasakan bahawa rehat adalah langkah terbaik buat masa sekarang,” ujarnya.

Djokovic juga menambah dia mahu mengambil langkah terbaik bagi kariernya dalam jangka panjang dan rehat selepas grand slam ketiga tahun ini tampak semakin pasti.

“Saya tidak pernah berasa sangat sakit seperti sekarang dan ia bukan satu petanda baik,” kata Djokovic.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video