Skip to main content

Tenis

Djokovic buktikan keunggulan

djokovic-010717.jpg
Pemain tenis dari Serbia, Novak Djokovic, hanya selangkah untuk mengesahkan tempat ke Wimbledon selepas menempah tiket final Kejohanan Aegon di Eastbourne, England, semalam.

Djokovic menumbangkan pemain di ranking ke-52 dunia, Daniil Medvedev, 6-4, 6-4 dalam aksi yang berlangsung selama 82 minit.

Pemain dari Russia, Medvedev, tampak penuh keyakinan di awal permainan apabila mendahului 4-3, namun gagal menamatkan set pertama dengan mudah.

Kesilapan demi kesilapan akhirnya digunakan sebaik-baiknya oleh Djokovic apabila terus mengutip mata untuk meraih kemenangan pertama sebelum melangkah ke set kedua.

Walaupun tidak menampilkan prestasi terbaik, Djokovic jelas mampu mendominasi perlawanan dan akhirnya berjaya menamatkan cabaran Medvedev.

Djokovic akan menentang wakil dari Perancis, Gael Monfils, selepas pemain berusia 30 tahun itu menewaskan rakan senegara, Richard Gasquet, 6-2, 6-7 (7-9), 7-6 (7-4) dalam satu lagi aksi separuh akhir.
 

Advertisement

Must Watch Video