Persembahan Novak Djokovic mendapat kritikan pedas daripada bekas juara Grand Slam sebanyak tujuh kali, John McEnroe, selepas juara menanti itu bagaikan berputus asa dalam set terakhir dalam perlawanan suku akhir Terbuka Perancis, semalam.
Kemahuan Djokovic, 30, menjadi persoalan apabila tewas 7-6 (7-5), 6-3, 6-0 kepada pemain Austria, Dominic Thiem.
Dia hanya memungut lapan mata dan melakukan 12 kesilapan dalam set terakhir itu yang hanya berlanjutan dalam tempoh 20 minit.
Pemain Serbia itu kini kemarau trofi utama sejak memenangi keempat-empat gelaran Grand Slam, 12 bulan lalu.
"Saya tidak ingat dalam tempoh enam hingga lapan tahun ini di mana Novak 'bungkus' seperti ini," ujar McEnroe kepada BBC Sport.
"Secara dasarnya, dia berputus asa."
Dalam pada itu jaguh tanah liat, Rafael Nadal, tidak mahu mendabik dada menjelang pertemuan separuh akhir dengan Thiem dengan berkata, "Mungkin saya tidak mampu memberikan cabaran."
Nadal tidak perlu bermandi peluh ketika berdepan Pablo Carreno Busta yang terpaksa menarik diri akibat kecederaan.
Nadal mengintai gelaran ke-10 di Rolando Garros dan menganggap Thiem sebagai pesaing kental.
"Saya menang ke atasnya di Barcelona dan Madrid, tetapi tewas kepadanya di Rom. Saya sudah menghadapinya sebanyak tiga kali, tahun ini."
Satu lagi pertemuan separuh menyaksikan pertembungan ulangan tahun lalu di antara Andy Murray dan Stan Wawrinka.
Sementara itu dalam saingan wanita, Karolina Pliskova menyekat kemaraan Caroline Garcia manakala pilihan utama, Simona Halep, bangkit untuk mengetepikan Elina Svitolina 3-6, 7-6 (8-6), 6-0 di peringkat suku akhir.
Pliskova kini memiliki peluang untuk menduduki ranking nombor satu dunia seandainya dia berjaya mengatasi Halep dalam separuh akhir, malam ini.
Dalam satu lagi aksi separuh akhir, Jeļena Ostapenko akan berdepan Timea Bacsinszky untuk menentukan satu lagi slot ke final.
Keputusan suku akhir perseorangan lelaki:
Stan Wawrinka mn Marin Cilic 6-3, 6-3, 6-1
Andy Murray mn Kei Nishikori 2-6, 6-1, 7-6 (7-0), 6-1
Dominic Thiem mn Novak Djokovic 7-6, 6-3, 6-0
Rafael Nadal mn Pablo Carreno Busta 6-2, 2-0, (tarik diri)
Keputusan suku akhir perseorangan wanita:
Timea Bacsinzky mn Kristina Mladenovic 6-4, 6-4
Jelena Ostapenko mn Caroline Wozniaki 4-6, 6-2, 6-2
Karolina Pliskova mn Caroline Garcia 7-6 (7-3), 6-4
Simona Halep mn Elina Svitolina 3-7, 7-6 (8-6), 6-0