Jurulatih skuad hoki wanita negara, Muhamamad Dhaarma Raj Abdullah, menuntut prestasi terbaik daripada anak buahnya, khususnya membabitkan empat nama terakhir yang menjadi pilihan dalam senarai 18 pemain yang diumumkan semalam.
Empat nama akhir tersebut, Norbaini Hashim, Nur Syaiqah Mohd Zain, Nuraslinda Said dan Nur Zafirah Aziz, menjadi pertaruhan Dhaarma untuk memperkuat 14 nama sedia ada menjelang aksi separuh akhir Liga Dunia di Belgium.
Dhaarma mengharapkan peluang itu tidak akan disia-siakan keempat-empat pemain berkenaan, sebaliknya mahu mereka membuktikan keputusannya adalah tepat.
"Saya berharap mereka tidak akan mengecewakan pasukan dengan memberikan aksi terbaik mereka.
"Bukan mudah untuk saya menyenaraikan nama bagi skuad ini dengan ada antara mereka yang terkejut apabila disenaraikan," ujar Dhaarma.
Sementara itu, kehadiran Presiden Konfiderasi Hoki Malaysia (KHM), Datuk Seri Subahan Kamal, dalam sesi latihan semalam memberi suntikan semangat buat anak buah Dhaarma yang akan berlepas ke Belanda, lusa.
Tegas Dhaarma, insentif bukan keutamaan anak buahnya ketka mereka lebih mahukan kata-kata semangat untuk menjadi kekuatan meneruskan misi negara sepanjang di Belgium.
"Pemain saya pernah memberitahu saya bahawa mereka tidak mengharapkan sebarang ganjaran.
"Sebaliknya, mereka gembira dapat mewakili negara dan mereka mendahagakan kejayaan. Mereka sangat menghargai segala sokongan yang diberikan kepada mereka sehingga kini," tambah Dhaarma.