Skip to main content

Hoki

Dhaarma beri peluang terakhir

dhaarma-060717.jpg
Peluang terakhir akan diberikan kepada tiga pemain negara oleh pengendali skuad hoki wanita, Muhammad Dhaarma Raj Abdullah, dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, bulan depan sebelum keputusan pengguguran pemain diputuskan.
 
Dharma memberi gambaran bahawa beberapa pemain dalam pasukannya tidak layak untuk berada dalam senarai selepas aksi Liga Hoki Dunia Separuh Akhir 2017 di Belgium tempoh hari.

Dia kecewa dengan prestasi tiga pemainnya sambil mengakui ia turut melibatkan pemain senior. 

Bagaimanapun, pengendali itu tidak mahu mendedahkan nama mereka lebih awal, sebaliknya mahu anak-anak buahnya membuktikan prestasi lebih matang dalam saingan Sukan SEA.

"Saya amat marah dengan situasi yang berlaku dan telah memaklumkan kepada pemain-pemain kemungkinan akan menggugurkan beberapa nama," ujar Dhaarma.

"Pengguguran itu mungkin dilakukan selepas Sukan SEA," tambahnya. 

Seperti diketahui ramai, kemampuan skuad hoki wanita negara tidak perlu dipertikaikan dalam persaingan Sukan SEA, namun Dhaarma tetap gusar apabila memikirkan ada beberapa pemain yang tidak mampu mengawal situasi apabila diberikan terlalu banyak harapan dan pujian.

"Kami tidak boleh mendabik dada atau berlagak tetapi perlu menghormati pencabar lain.

"Thailand kini berada di Korea, sedang bersaing dengan beberapa pasukan seperti Jepun, Taiwan dan Korea dalam satu kejohanan empat penjuru dan itu perlu diambil serius," ujarnya.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video