Jaguh lompat kijang pekak kebangsaan, Zaiman Megat Abu, menamatkan saingan di tempat kelima setelah merekodkan catatan terbaik 14.17 meter (m) pada lompatan ketiga dalam Deaflympics 2025 Tokyo, Jepun.
Menurutnya, kegagalan itu disebabkan kecederaan yang dirasai pada tumit sebelah kanan, sekali gus mengganggu momentumnya untuk meraih sebarang pingat.
Sementara itu, jurulatihnya, Sanusi Zainal Abidin, berkata kegagalan Zaiman adalah disebabkan faktor 'mindset'.
Meskipun kecewa, Sanusi berharap Zaiman akan diberi pendedahan lebih banyak dalam kejohanan peringkat antarabangsa.
"Saya mengucapkan terima kasih kepada Zaiman.
"Bagaimanapun, saya meraskan dia takut sangat. Saya rasa itu perkara yang perlu diatasi dalam masa terdekat.
"Dia memerlukan banyak lagi kejohanan untuk membiasakan diri.
"Sebelum kejohanan lagi dia sudah berdebar. Tetapi ketika latihan dia nampak bagus
"Saya agak sedih kerana gagal menghadiakan pingat bagi dia dan Malaysia," katanya kepada wartawan Astro Arena, Faizal Bazari.