Skip to main content

Sukan Lain

De Grasse terpantas 2017

de-grasse-190617.jpg
Pelari pecut Kanada, Andre De Grasse, mengesahkan tempat dalam final Liga Berlian di Stockholm apabila mencatatkan masa 9.69 saat bagi acara 100 meter lelaki, semalam.

Masa yang dicatatkan De Grasse itu juga menjadi rekod terpantas untuk tahun 2017.

Pelari berusia 22 tahun itu mengatasi cabaran Ryan Shields serta pencabar dari Ivory Coast, Youssef Ben Meite, untuk memastikan dirinya bakal berentap dalam aksi final di Zurich pada Ogos nanti.

Sementara itu, wakil dari Burundi,  Francine Niyonsaba, turut mengesahkan tempat di final dalam kategori 800 meter wanita sambil atlet 1,500 meter  dari Kenya, Timothy Cheruiyot, mencatatkan masa 3 jam 30 minit 77 saat, sekaligus merekodkan masa terpantas bagi tahun 2017.

Murielle Ahoure membuktikan keunggulannya menerusi acara 200 meter wanita apabila mencatat masa 22.68 saat dan acara 110 meter berpagar lelaki mudah dimenangi oleh pelari berusia 25 tahun dari Sepanyol, Orlando Ortega.

Dalam acara lain, Steven Gardiner memenangi acara 400 meter, Karsten Warholm turut berjaya mengungguli acara yang disertai (400 meter berpagar) sementara Soufiane El Bakkali berjaya menewaskan pencabar lain dalam acara 3,000 meter berhalangan.

Advertisement

Must Watch Video