Ketika dunia dilanda demam pickleball, terutama di Amerika Syarikat (AS), gimik terbaharu yang dilakukan sebuah jenama sukan terkemuka dunia, Lacoste, mencuri tumpuan gara-gara aura yang dimiliki sensasi tenis, Novak Djokovic.
Bayangkan selama 92 tahun, buaya hijau yang menjadi logo ikonik Lacoste tidak pernah ditukar, tetapi menjelang penyertaan duta mereka itu di grand slam keempat dan terakhir musim ini, buaya hijau telah direhatkan seketika bagi memberi laluan kepada koleksi istimewa yang memaparkan logo seekor kambing dengan warna yang sama.
Mendapat respon yang pelbagai, tetapi akhirnya semua bersetuju bahawa kambing itu adalah simbolik kepada Greatest of All Time atau GOAT, jolokan yang sememangnya layak diberikan kepada the living legend dari Serbia itu.
The Crocodile to the Goat ternyata bukan sekadar gimik tetapi lebih kepada sebuah bentuk penghargaan kepada Djokovic, menerusi pencapaiannya yang umpama tiada galang gantinya dengan mencipta sejarah memenangi pingat emas pertamanya di pentas olimpik pada 2024 ketika berusia 37 tahun, selain terus memburu grand slam ke-25 di Terbuka AS kali ini.
Djokovic berjaya melepasi tentangan hebat yang cuba dihadirkan pemain muda tuan rumah, Learner Tien, sebelum melangkah ke pusingan kedua yang juga akan berlangsung di Stadium Arthur Ashe untuk menentang seorang lagi pemain AS, Zachary Svajda pada Khamis.