Pelumba Yamaha Maju Motor, Kasma Daniel Kasmayuddin, melaungkan amaran kepada pesaingnya bahawa dia tidak rela untuk terlepas juara Cub Prix musim ini dan akan melakukan apa sahaja untuk mempertahankannya.
Kasma, yang juga penyandang juara kategori CP 150 musim lalu, menyifatkan masih terlalu awal untuk meramalkan siapa pencabarnya untuk merebut gelaran juara bagi 2018.
Selepas pusingan pertama, Kasma berasakan kebanyakan pelumba masih belum mendapat sentuhan serta tetapan jentera yang mantap.
Pusingan pertama di Litar Lumba Tangkak semalam menyaksikan Kasma mempamerkan tunggangan mantap untuk meraih tempat pertama, sekali gus mengulangi pencapaian musim lalu.
"Bagi musim ini, dalam pusingan pertama, saya belum lagi menemui pesaing saya. Tetapi saya akan cuba mengekalkan gelaran juara saya sehingga tamat musim ini. Saya akan sasarkan sekali lagi untuk menjadi juara," katanya.
Dalam kategori CP 115, Tengku Amirul Haffiruddin memulakan kempen 2018 bersama Yamaha YY Pang dengan cemerlang apabila meraih kedudukan pertama.
Ia sekali gus mengubat kekecewaannya selepas tahun lalu di litar yang sama menyaksikan dia sekadar menamatkan saingan di tempat ketujuh.
"Pada tahun lalu di sini, saya mendapat tempat ketujuh. Pada tahun ini, saya mengharapkan gelaran juara keseluruhan. Insya-Allah," kata Tengku Amirul, pelumba Yamaha YY Pang.
Pusingan kedua Cub Prix 2018 bakal berlangsung pada 5 dan 6 Mei 2018 di Temerloh, Pahang.