Kejuaraan Petronas MAM Malaysian Cub Prix buat hari kedua di Terengganu diteruskan dengan perlumbaan akhir kategori CP125, Md Izam Ikmal Izamli dari pasukan Petronas Sprinta Yamaha CKJ Racing membuktikan keunggulannya apabila berjaya menkekalkan kedudukan dari petak pertama hingga ke garisan penamat.
Izam mengungguli saingan selepas 15 pusingan dengan catatan masa yang konsisten, mengatasi penunggang di tempat kedua, Md Farid Hakimi Farid Sezli, dengan kelebihan 0 .387 saat.
Tempat ketiga menjadi milik Md Syamil Amsyar Iffende dari Yamaha 31 Racing.
Izam berkata, “Kami berdepan pelbagai masalah besar sejak sesi latihan 1 sehinggalah ke sesi kelayakan, jadi saya sangat bersyukur dan berpuas hati dengan keputusan P1 hari ini. Perlumbaan tadi memang agresif sejak awal, terutamanya apabila saya lihat Idlan dan Aqeel saling bertarung. Saya cuba kekal tenang kerana saya tahu saya ada kelajuan yang baik di litar ini. Saya berjaya memintas Aqeel walaupun berlaku sedikit pelanggaran, dan apabila Idlan pula buat kesilapan di selekoh S, saya tidak lepaskan peluang untuk memotong. Bila saya semakin hampir dengan Farid dan Syamil, saya perasan mereka mula teragak-agak dari segi kelajuan, jadi saya ambil kesempatan untuk memintas mereka juga. Dari situ, saya cuma fokus dan kekalkan rentak hingga ke garisan penamat. Ini rezeki saya hari ini, dan kemenangan ini saya dedikasikan kepada semua yang tidak pernah berhenti menyokong saya.”
Untuk rekod, litar sejauh 1.371 kilometer dan menampilkan 11 selekoh serta laluan lurus terpanjang menjadikannya antara litar yang paling menarik dan teknikal dalam kalendar kejohanan.