Skip to main content

Advertisement

Permotoran

Cub Prix: Helmi bawa semangat Asia

sh5_7965.jpg
Muncul pendahulu senarai keseluruhan Underbone 150cc dalam Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) menjadi bekalan buat Mohd Helmi Azman untuk menghadapi pusingan kedua Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di MAEPS, Serdang, Selangor, hujung minggu ini.

Pelumba Hi-Rev Rapido SCK Honda Racing itu mempamerkan aksi cemerlang di peringkat Asia selepas meraih tiga podium, dua gelaran juara dan satu naib juara sepanjang tiga pusingan yang telah berlangsung tahun ini.

Namun, aksi pembukaan Kejuaraan Cub Prix di Litar Tangkak, awal April lalu, menyaksikan Helmi sekadar menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-19 manakala rakan sepasukan, Mohd Fakhrusy Syakirin Rostam, menamatkan perlumbaan di kedudukan kesembilan.

“Banyak perbezaan di antara perlumbaan ARRC dan Cub Prix, terutama dari segi litar yang digunakan. Begitu juga dengan pelarasan dan kawalan jentera. Tahun ini saya baru beralih pasukan dan sewaktu di Tangkak, saya masih dalam proses menyesuaikan diri dengan jentera. Selepas beberapa pusingan di Asia, saya semakin serasi dengan jentera Honda yang digunakan.

“Walaupun penamat sedikit mengecewakan sewaktu di Tangkak, saya yakin dapat mencapai keputusan lebih baik bersama rakan sepasukan yang lain. Saya meletakkan sasaran sekurang-kurangnya dapat layak ke Superpole,” jelas Helmi.

Advertisement

Must Watch Video