Saingan perlumbaan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS dijangka bertambah menarik dengan kemungkinan pertambahan kepada tujuh kategori perlumbaan dalam kalendar musim 2017 yang akan bermula tidak lama lagi.
Perkara itu dinyatakan oleh promoter perlumbaan, Safe Aim Mutual Sdn Bhd, hari ini serentak dengan pengumuman jadual bagi 10 pusingan musim ke-24 yang akan bermula pada awal Mac dan berakhir pada November depan.
Siri kejuaraan motosikal kebangsaan itu ketika ini mempunyai format enam kategori perlumbaan, iaitu tiga kelas terbuka, satu kategori perlumbaan separa amatur dan dua kategori satu pengeluar sepanjang tiga musim lepas.
Selain itu, wujud pertimbangan untuk menambah satu lagi kategori perlumbaan kelas 'rookie' bagi musim 2017 yang dapat membuka lebih ruang untuk pelumba-pelumba muda berada di atas grid perlumbaan.
"Tahun lepas, kami telah memanjangkan tempoh permohonan untuk perlumbaan kategori satu pengeluar memandangkan sambutan yang cukup menggalakkan dan kami menerima hampir 1,000 permohonan dari remaja-remaja yang berminat untuk menjadi pelumba.
"Namun, hanya sebahagian kecil daripada mereka ini yang berpeluang untuk menyertai perlumbaan peringkat pembangunan yang dikendalikan oleh pihak pengeluar Honda dan Yamaha ini.
"Kami akui terdapat permintaan dan keperluan bagi membolehkan lebih banyak pelumba muda dapat menceburi sukan permotoran ini," jelas Pengarah Safe Aim Mutual Sdn Bhd, Ron Hogg.
Kalendar 10 Pusingan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2017:
Pusingan 1 Temerloh, PAHANG 4 & 5 Mac
Pusingan 2 MAEPS, SELANGOR 25 & 26 Mac
Pusingan 3 KELANTAN 14 & 15 April (Perlumbaan Sabtu)
Pusingan 4 MELAKA 13 & 14 Mei
Pusingan 5 JOHOR 15 & 16 Julai
Pusingan 6 Teluk Intan, PERAK 4 & 5 Ogos
Pusingan 7 Kemaman, TERENGGANU 8 & 9 September (Perlumbaan Sabtu)
Pusingan 8 Kangar, PERLIS 7 & 8 Oktober
Pusingan 9 Jempol, N. SEMBILAN 4 & 5 November
Pusingan 10 Batu Kawan, P. PINANG 18 & 19 November