Ketua jurulatih skuad hoki wanita negara, Muhammad Dhaarma Raj Abdullah, lega aksi pertama Malaysia berlangsung seperti dirancang walaupun terpaksa menelan hakikat Australia begitu kental untuk dinafikan kemenangan mereka dalam separuh akhir Liga Hoki Duniadi Brussels, Belgium, malam tadi.
Malaysia tidak kalah mudah, sebaliknya ada usaha daripada anak buahnya untuk memberi saingan dan mencipta peluang di depan gawang Australia.
Hal ini ibarat perkembangan positif sebelum Malaysia berhadapan sasaran sebenar, Sepanyol dan Belgium, selepas ini.
Corak permainan bertahan tidak lagi digunakan Dhaarma, dan apa yang penting anak buahnya tampak selesa dengan corak lebih agresif yang diterapkan sejak 18 bulan lalu.
"Kami harus menunjukkan kami mempunyai keupayaan untuk menewaskan mereka. Saya pasti semua pasukan akan melihat kami bukanlah pasukan kerdil yang mereka anggap sebagai skuad belasahan," katanya.
Sementara itu, jurulatih Australia, Paul Gaudoin, mengakui hampa dengan prestasi anak buahnya yang gagal mencipta kemenangan besar ke atas Malaysia kali ini.
Menang 3-0 namun menerusi jaringan yang hanya terhasil daripada pukulan sudut penalti ibarat petanda yang kurang baik buat pasukan yang menghuni ranking keempat dunia itu.
"Kini kami menjangkakan Malaysia sebuah pasukan kompetitif. Kami mempunyai banyak peluang dalam perlawanan ini tetapi melihat kepada aksi itu, mereka juga bermain dengan baik," katanya.