China tewas 10-0 ketika menentang Argentina dalam aksi Kumpulan A separuh akhir Liga Hoki Dunia di London dan sekali lagi pakar pukulan sudut penalti lawan, Gonzalo Peillat, menjadi watak pemusnah apabila menjaringkan hatrik.
Kekalahan itu pastinya menyukarkan peluang negara Tembok Besar itu untuk melayakkan diri ke kelompok lapan terakhir serta mencerahkan peluang untuk layak ke Piala Dunia 2018 selepas hanya meraih satu kemenangan daripada tiga keseluruhan.
Bagi kapten, Du Chen, keyakinan rakan sepasukannya pasti berada di tahap paling rendah selepas dikejutkan dengan kekalahan besar itu serta menyulitkan usaha China untuk meraih kemenangan dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan menentang Malaysia.
“Malaysia sebuah pasukan hebat, jadi kami pasti berdepan cabaran sukar kerana masa rehat yang singkat, apatah lagi dengan kekalahan besar seperti ini.
"Kami akan cuba melakukan sesuatu berdepan Malaysia,” ujarnya.
Kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu adalah pada Mac lalu dalam aksi pusingan kedua Liga Hoki Dunia di Dhaka, Bangladesh.