Skip to main content

Sukan Lain

Bolt kecewa dengan aksi di Ostrava

usainbolt-cropped_jleb2g8sepi912vr4vhp9kcqp.jpg
Usain Bolt meluahkan kekecewaan terhadap persembahannya dalam kejohanan Golden Spike meskipun melakar kemenangan dalam acara 100 meter, semalam.

Bolt -- yang dijangka bakal bersara sebaik berakhirnya Kejohanan Dunia, Ogos ini -- mencatat masa 10.06 saat di Ostrava, Republik Czech.

Bercakap selepas perlumbaan, Bolt berkata: "Saya tidak gembira dengan catatan masa ini. Saya perlu berlatih dengan lebih kerap.

"Saya akan berjumpa doktor dan jurulatih saya akan merangka latihan, jadi saya tidak bimbang."

Sementara itu, pemegang rekod acara 400m, Wayde van Niekerk, melakar rekod terbaik dunia dalam acara 300m dengan catatan masa 30.81s, sekaligus mengatasi rekod Michael Johnson dan rekod kejohanan 30.97s milik Bolt.

Atlet Britain, Mo Farah menepati ramalan apabila muncul menguasai acara 10,000m.

Advertisement

Must Watch Video