GOLD COAST 2018
Boling padang: Zalina, Emma buru tiket final berpasangan wanita
Skuad boling padang berpasangan wanita negara, Siti Zalina Ahmad dan Emma Firyana Saroji, akhirnya menghadirkan keceriaan buat negara di Kelab Bowls Broadbeach apabila layak ke separuh akhir Sukan Komanwel 2018 selepas menyingkirkan wakil India 17-11, sebentar tadi.
Selepas trio wanita dan perseorangan lelaki tumbang di peringkat suku akhir, tekanan cukup berat dipikul Siti Zalina dan Emma yang menjadi harapan besar negara.
Segalanya nampak lancar sehingga end kelapan apabila mereka mendahului 11-2 sebelum India yang diwakili Lovely Choubey dan Rupa Rani Tirkey melakukan kebangkitan dan Malaysia hanya 12-11 di depan pada end ke-16.
Iklan
Dua end terakhir cukup mendebarkan sebelum Siti Zalina dan Emma memilih detik paling tepat untuk memperagakan persembahan terbaik sebelum menang 17-11.
Mereka sedang bertemu pasangan Kanada, Leanne Chinery dan Kelly Mckerihen dalam separuh akhir, ketika ini.
Terdahulu, Muhd Soufi Rosli yang turun berdepan Darren Burnett hampa apabila ditunjukkan jalan keluar oleh juara bertahan dari Scotland itu melalui keputusan 13-11.
Must-Watch Video