Skip to main content

Sukan Asia

Boling padang: Tunku Imran puji semangat juang pemain

imran13418_2.jpg
Dua pingat dicapai pada hari kesembilan melalui boling padang dan gimrama yang mencerahkan kembali harapan mencapai sasaran Malaysia untuk berada dalam kalangan 10 negara terbaik dalam Sukan Komanwel Gold Coast. 

Buat masa ini, secara keseluruhan lima emas meletakkan Malaysia di tangga ke-10 senarai kedudukan pingat. 

Kini, hanya dua emas lagi perlu diburu kontinjen negara untuk mengatasi pungutan enam pingat emas dalam temasya Glasgow 2014. 

Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tunku Imran Tuanku Ja'afar, positif melihat perkembangan itu sambil berharap akan ada emas lagi mampu dijelmakan, terutama daripada sukan badminton. 

"Ya, kami dalam kelompok 10 terbaik dan kini badminton mungkin menyumbang pingat lagi ," ujarnya ketika ditemui sejurus selepas Siti Zalina Ahmad dan Emma Firyana Saroji merangkul emas acara berpasangan wanita boling padang.

Tunku Imran berkata beliau sudah menjangkakan boling padang boleh diharapkan walaupun tidak ramai pihak memberi harapan di peringkat awal. 

"Ya, saya dengar mereka yakin boleh lakukan. Wanita kita menunjukkan sangat juang yang tinggi dan mereka memberikan persembahan baik.

"Sudah tentu, kita akan terus menyumbang pingat lagi," katanya.




 

Advertisement

Must Watch Video