Skip to main content

Sukan Asia

Boling padang: Kebangkitan lewat juara bertahan buat Soufi kempunan

soufi.jpg
Keputusan end 17 yang memberikan tiga mata penting kepada lawan membuatkan impian pemain perseorangan lelaki boling padang negara, Muhd Soufi Rosli, untuk memberi kejutan ke atas juara bertahan, Darren Burnett, tidak kesampaian apabila kecundang 13-21 di peringkat suku akhir Sukan Komanwel Gold Coast, pagi tadi. 

"Sememangnya saya agak kecewa tetapi berdasarkan aksi sejak dari awal, saya bermain dengan baik dan mampu memenangi perlawanan. 

"Apabila saya meleretkan bola, saya perlu menetapkan posisi tetapi dia tetap dapat menariknya.

"Jika bermain draw saya boleh menewaskannya tetapi tuah memihak kepadanya apabila bermain pada tarikan jack," kata Soufi.

Menurutnya lagi, peluang berdepan Burnett merupakan detik yang dinantikannya untuk mencipta sensasi, namun tuah tidak memihaknya pada penghujung permainan. 

"Saya lebih suka berjumpa Darren Burnett kerana saya mahu menewaskannya. Macam saya katakan, permulaan aksi saya bermain lebih baik berbandingnya tetapi dia mengharapkan bola terakhir untuk meninggalkan saya dari segi mata. 

"Bila saya dapat jack, saya dapat mengejar sehingga 12-14. 

"Malangnya, percubaannya yang terakhir dapat menarik jack, membolehkannya mendapat empat mata. Ia mengubah situasi," tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video