Skip to main content

Sukan Asia

Boling padang: Emma temui rentak

emma5418_2.jpg
Atlet negara, Emma Firyana Saroji, belum mahu berasa selesa dengan dua aksi pertamanya dalam Kumpulan D acara perseorangan boling padang wanita, Sukan Komanwel di Gold Coast, hari ini.

Emma mula mendapatkan rentak dengan kemenangan 21-11 dalam pusingan pertama berdepan atlet England, Katherine Rednall.

Atlet kelahiran Selangor itu kemudian terikat 13-13 berdepan lawannya, Litia Tikoisuva dari Fiji.

"Pada awal tadi rasa agak gementar sebab saya tidak pernah jumpa dia (Rednall). Tetapi apabila mula bermain, saya sudah dapat rentak dan nampak lawan mencari-cari rentak. 

"Di situ memberi kelebihan kepada saya untuk mendahului dengan margin yang besar," kata Emma.

Pemenang pingat perak Sukan Komanwel 2014 itu masih mempunyai tiga lagi saingan yang perlu diharungi dalam peringkat kumpulan untuk melayakkan diri ke suku akhir. 

Justeru, dia perlu fokus satu demi satu halangan terlebih dahulu jika ingin meneruskan kemaraan.

Paling utama, Emma enggan terlalu memikirkan pencabarnya walaupun ada yang lebih berpengalaman di pentas Komanwel.

Advertisement

Must Watch Video