Kemenangan dalam pusingan pertama hari ini masih terlalu awal untuk dinilai atlet boling padang negara, Emma Firyana Saroji, yang berharap untuk terus mempamerkan aksi konsisten di Gold Coast.
Emma yang berjaya menundukkan pencabar dari England, Katherine Rednall, 21-11 menganggap ini sebagai permulaan positif untuknya sebelum ke pusingan kedua.
Kegagalan Rednall untuk membaca rentak permainan atlet negara memberi ruang kepada Emma untuk menguasai seluruh aksi tetapi itu belum mencukupi untuknya mengatasi atlet dari Fiji, Litia Tukoisuva, yang lebih berpengalaman beraksi di pentas Sukan Komanwel sebanyak lima kali.
Bagaimanapun, keputusan yang bakal diperoleh pada pusingan kedua, pemenang pingat perak Sukan Komanwel Glasgow 2014 ini perlu terus fokus bagi pusingan ketiga, dengan strategi yang lebih baik.