Pengurus skuad B-23 negara, Datuk Wira Yusoff Mahadi, mahu pemain-pemain negara menyahut cabaran selepas kini perlu berdepan satu lagi pasukan tambahan dalam saingan peringkat kumpulan bola sepak Sukan Asia Indonesia.
Bagaikan sudah menjangka tiada undian semula dilakukan, Yusoff menyedari reputasi Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang pastinya menambah lagi kesulitan buat Malaysia untuk melepasi saingan peringkat kumpulan.
Namun, beliau percaya keyakinan yang diraih dalam Kejohanan AFC B-23 tahun di China, Januari lalu, sentiasa menjadi dorongan utama buat skuad negara.
"UAE merupakan satu cabaran yang sukar buat Malaysia selepas mereka diundi dalam Kumpulan E. Tetapi jika Malaysia mampu mengulangi prestasi di China pada Januari lalu, kejutan mampu terhasil," katanya.
Kemasukan UAE dalam Kumpulan E juga secara tidak langsung memberikan kesan terhadap penjadualan membabitkan Malaysia.
Sebelum ini, saingan bola sepak dijadualkan bermula pada 14 Ogos, namun berdasarkan perkembangan terkini, kumpulan yang mempunyai lima pasukan perlu mula beraksi seawal 10 Ogos.
Lantas, Yusoff mengharapkan pengendali skuad negara, Datuk Ong Kim Swee, meneliti semula perancangan, termasuk aksi persahabatan, sebelum berlepas ke Indonesia.
"Kim Swee akan melakukan beberapa perubahan dalam persiapan sebelum menghadapi Sukan Asia," tambahnya.