Skip to main content

Advertisement

Sukan Asia

Bola sepak: Perancangan Kim Swee terpaksa dirombak

kimswee.jpeg
Jurulatih skuad B-23 negara, Datuk Ong Kim Swee, pening memikirkan masalah jadual yang masih belum diterima sehingga mengganggu perancangan skuad negara sebelum ke Jakarta bulan depan.

Ekoran kelewatan pihak pengajur Sukan Asia Indonesia 2018 bagi menetapkan keputusan pengundian semula dan jadual perlawanan, skuad negara terpaksa menanggung akibat.

Tarikh perlawanan menetapkan saingan pertama bermula 10 Ogos, namun sehingga kini jadual rasmi masih gagal diputuskan Jawatankuasa Penganjur Sukan Asia Indonesia (INASGOC).

"Dua minggu sebelum saingan bermula, kami masih lagi belum mendapat jadual saingan kerana kami perlu berada di China sebelum Sukan Asia bermula. Pengurusan logistik akan tergugat," kata Kim Swee.

Satu daripada tiga aksi persahabatan melibatkan Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang dijadual berlangsung pada 9 Ogos juga terpaksa dibatalkan,kerana perancangan terbaru negara dijangka berlepas ke Jakarta pada 8 Ogos.



"Kami tidak dapat bersaing dengan Arab Saudi pada 9 Ogos kerana kami perlu berada di Indonesia lebih awal."

Skuad B-23 negara hanya memiliki tempoh latihan bersama kurang 10 hari menerusi kem latihan yang akan bermula Isnin ini.
 

Advertisement

Must Watch Video