Selepas langkah kiri dalam aksi pertama Kumpulan B bertemu New Zealand yang menyaksikan skuad negara tewas 86-44, skuad bola keranjang wanita turun dengan misi mencari kemenangan pertama Sukan Komanwel Gold Coast, sebentar tadi.
Segalanya tampak sukar buat anak buah Yoong Sze Yuin ketika bertemu India yang rancak memburu mata pada awal permainan, secara tidak langsung meninggalkan Malaysia dalam keresahan apabila memimpin 25-20 dalam suku pertama.
Dalam suku kedua, skuad negara pantas memperkemaskan permainan untuk mempamerkan kebangkitan dengan menambah 28 mata berbanding lawan, 12.
Malaysia mengekalkan rentak konsisten dalam suku ketiga untuk menerajui permainan menuju suku terakhir sebelum menoktahkan kemenangan sulung 85-72.
Skuad negara kini menduduki tangga ketiga di belakang Jamaica yang turut mengumpul tiga mata menjelang pertemuan terakhir peringkat kumpulan, esok.