Skip to main content

Sukan Asia

Bola keranjang: Jamaica musnahkan harapan separuh akhir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

bola-keranjang-wanita.jpg
Skuad bola keranjang wanita negara terpaksa akur gagal ke separuh akhir selepas tewas 81-58 kepada Jamaica dalam aksi terakhir Kumpulan B, malam ini. 

Masih segar daripada meraih kemenangan pertama dengan menewaskan India 85-72 semalam, anak buah Yoong Sze Yuin, tampil lebih meyakinkan pada awal permainan ketika berdepan Jamaica. 

Suku pertama berlangsung sengit dengan kedua-dua pasukan saling berbalas jaringan untuk terikat 21-21.

Dalam suku kedua, pemain negara mula hilang rentak lalu memudahkan Jamaica untuk memimpin permainan 40-30 sebelum suku ketiga memperlihatkan aksi kembali sengit. 

Malangnya, rentak kurang memberangsangkan dalam suku terakhir menyaksikan skuad negara semakin ketinggalan sebelum pasrah dengan kekalahan 81-58. 

Secara keseluruhannya, daripada tiga aksi peringkat kumpulan, skuad negara merakamkan satu kemenangan dan tewas dua kali untuk menamatkan saingan kumpulan di tangga ketiga. 

Advertisement

Must Watch Video