SUKAN LAIN
Bola baling B-18 Asia: Thailand sekat hajat Malaysia
MALAYSIA 22 THAILAND 27
Hasrat skuad B-18 tahun negara untuk mencipta kemenangan dramatik ke atas Thailand tidak kesampaian apabila kedua-kedua pasukan berentap dalam Kejohanan Trofi Bola Baling (IHF) 2018 zon Asia, sebentar tadi.
Selepas berjaya menundukkan pasukan Indonesia dalam perlawanan pertama, skuad kebangsaan mengidam untuk menjinakkan Thailand.
Iklan
Bagaimanapun, sejak awal permainan lagi, Thailand mula tampak lebih berbahaya dan berjaya mendahului separuh masa pertama 16-9.
Bersambung aksi dalam babak kedua, barisan anak buah Syihabuddin Ismail itu menukar strategi dan cuba untuk merapatkan kedudukan.
Kesungguhan mereka terhasil, khususnya pemain sayap, Mohd Ilham Hazmi, banyak menjadi arkitek serangan skuad negara sehingga menjaringkan keseluruhan 10 gol dalam perlawanan itu.
Semangat yang dipamerkan oleh skuad negara belum cukup untuk menghalang Thailand daripada mencipta kemenangan 7-22.
Skuad negara selepas ini akan bertemu pasukan Filipina dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan.
"Sebenarnya, pemain kita sudah bermain dengan baik. Cuma, perubahan berlaku mungkin akibat perasaan gugup dan mereka melakukan beberapa kesilapan sehingga gagal menjaringkan gol ketika melakukan serangan," kata Syihabuddin.
"Saya rasa bangga dapat berbakti untuk negara. Saya dan rakan sepasukan akan cuba perbaiki persembahan di masa akan datang," kata Ilham.
Must-Watch Video