Skip to main content

Hoki

Blue Warriors pincang tanpa tonggak utama

310117-skuad-hoki-wanita-pdrm-blue-warriors.jpg
Cabaran buat skuad hoki wanita PDRM, Blue Warriors, musim ini apabila kehilangan dua tonggak utama yang juga pemain kebangsaan bagi menempuh Kejohanan TNB Liga Hoki Wanita Malaysia 2017. 

Penghijrahan dua penyerang utama skuad Blue Warriors musim lalu, Hanis Nadiah Onn dan Wan Norfaiezah Md Saiuti, ke pasukan Terengganu musim ini sedikit-sebanyak memberi kesan buat pengendali PDRM, Zulkhairi Ariffin, yang perlu membentuk barisan pemain baru dengan lima pemain kebangsaan sahaja. 

Bagaimanapun, dua pemain import dari Korea Selatan yang diperkenalkan dalam majlis memperkenalkan pemain skuad hoki PDRM hari ini diharap mampu mengimbangi kekuatan pasukan. 

"Kami akan menggunakan kelebihan pemain Korea kami yang memiliki kepakaran dalam pukulan sudut penalti. 

"Walaupun dia memiliki fizikal agak besar dan belum cergas sepenuhnya, kami percaya dia akan mencapai prestasi sebenarnya memandangkan tempoh kempen liga adalah 39 hari," ujar Zulkhairi. 

Selepas meraih naib juara Liga Hoki Wanita tahun lalu, Zulkhairi optimis gelaran juara mampu menjadi milik Blue Warriors musim ini meskipun sedar saingan hebat daripada skuad Terengganu yang memiliki 10 pemain kebangsaan. 

"Saingan, seperti sedia maklum, pasukan Terengganu memiliki 10 pemain kebangsaan dan berpengalaman. 

"Kami juga mempunyai pemain kebangsaan tapi pasukan ini belum berpnegalaman.

"Kami akan cuba sebaik mungkin (untuk menyaingi Terengganu)."
 

Advertisement

Must Watch Video