BERBASIKAL
Berbasikal Trek Dunia UCI: John Beasley tuntut layanan lebih adil buat Azizulhasni
Jurulatih berbasikal trek negara, John Beasley, terkilan Datuk Azizulhasni Awang gagal mencatat keputusan yang lebih baik dalam Kejohanan Berbasikal Trek Dunia UCI 2023 di Glasgow, Scotland, awal pagi tadi.
Beasley juga melahirkan rasa tidak puas hati dengan sistem undian yang menentukan posisi pelumbaan sebelum acara keirin yang sama sekali tidak memihak kepada pelumba kelahiran Terengganu itu.
Jelas sekali jadual perlumbaan yang memberikan ruang rehat mencukupi buat pelumba tidak begitu membimbangkan Beasley terhadap keadaan Azizulhasni.
Iklan
"Satu keputusan yang mengecewakan di sebalik saya berasakan ini hari yang menarik.
"Apa pun kami tetap gembira dapat mengutip sembilan mata.
It's okay @AzizulAWANG - you have given it your all, fighting for our country.I, on behalf of Malaysians, are proud of your achievements across your career.#UCIWorldChampionships #GlasgowScotland2023 #DemiMalaysia #MalaysiaBoleh pic.twitter.com/CPYgJfLljW— Darence Chan (@DarenceChan) August 9, 2023
"Ini satu kejohanan yang besar, lagipun Azizul baru sahaja pulih daripada pembedahan.
"Kami mengharungi saingan separuh akhir yang sukar daripada jangkaan awal.
"Kami tidak sempat pulih untuk aksi separuh akhir kerana hanya ada ruang kurang 20 minit untuk rehat berikutan beraksi dalam saringan terakhir.
"Kemudian Azizul diundi pula dalam saringan pertama separuh akhir dengan jarak 7-8 minit di antara perlumbaan.
"Azizul diundi di posisi kelima dalam setiap pusingan dan saya tidak pasti bagaimana undian yang dijalankan sistem baru ini," katanya.
Begitupun, Beasley percaya Kejohanan Dunia itu memberikan persediaan terbaik untuk mencapai kemuncak dalam Sukan Asia Hangzhou bulan depan serta kelayakan ke Sukan Olimpik Paris 2024.
"Dia berada di tahap terbaik, cuma program kejohanan ini tidak memihak pelumba bertubuh kerdil sepertinya.
"Pelumba bertubuh lebih besar sebaliknya lebih cepat dalam pemulihan," katanya lagi.
Must-Watch Video