Kem berbasikal trek negara giat memperkemaskan persiapan akhir menjelang Kejohanan Berbasikal Trek Dunia UCI 2025 di Santiago, Chile, Oktober depan.
Pelumba pecut negara, Ridwan Sahrom, menyifatkan kem latihan kedua ini menunjukkan satu peningkatan besar berbanding fasa pertama yang berlangsung di Thailand awal tahun lalu.
Menurut Ridwan, salah satu faktor yang memberikan kelainan adalah peluang untuk berlatih bersama pelumba Eropah yang turut berada di venue tersebut.
Benua Eropah turut mempunyai tempat istimewa buat dirinya yang melihat kelebihan berlatih di negara itu bukan terletak daripada segi fasiliti semata-mata, malah lebih kepada suasana dan cabaran yang disajikan.
"Kami perlu menyesuaikan diri dengan cuaca di Eropah yang lebih sejuk.
"Ia tidak merencatkan kayuhan kami.
"Kami akan berlatih di luar yang cuacanya tidak menentu -- panas dan sejuk -- jadi keadaan agak mencabar.
"Apa pun kami menikmati kem latihan di sini," katanya di Nadi Arena.