Skip to main content

Sukan Lain

Berbasikal Remaja Dunia: Pelumba pelapis sekadar jalani persiapan di dalam negara

edrus.jpg
Skuad berbasikal trek pelapis negara hanya akan menjalani latihan di dalam negara sempena menghadapi Kejohanan Remaja Dunia di Switzerland, Ogos depan. 

Menurut jurulatih pelapis negara, Muhammad Edrus Yunos, belum ada perancangan buat anak didiknya untuk mengikuti sebarang program latihan di luar negara tahun ini. 

"Persediaan untuk mereka setakat ini hanya di dalam Malaysia. 

"Kami mengharapkan bantuan penganjur daripada Junior Cycling Malaysia (JCM) untuk kami fokus," katanya.

Antara kriteria yang ditetapkan oleh Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) buat pelumba pelapis ke Kejohanan Dunia ialah dengan mengutamakan pemenang pingat dalam Kejohanan Berbasikal Asia (ACC), Februari lalu. 

Berdasarkan pencapaian itu, seramai tujuh atlet dijangka membawa cabaran negara. 

Paling menyerlah dalam Kejohanan ACC tempoh hari sudah pasti Zulhelmi Zainal yang memenangi pingat emas acara kejar-mengejar individu. 

"Saya harap pelumba-pelumba muda dapat memperbaharui rekod sendiri atau memecahkan rekod junior Malaysia, itu sasaran kami," katanya lagi.
 

Advertisement

Must Watch Video